GaMbaR

GaMbaR

24 Mac 2009

لجنة السياسة الشرعية




Kepada semua pelajar-pelajar yang ingin masuk ke UM dan mengambil Bidang Agama, daftarlah sebagai pelajar di Jabatan Siasah Syar'iyyah

Dapatkan MyGreen Oil,....SEKARANG!!!!!





Boleh dapatkan MyGreen Oil daripada

Sayuti : sayuti_msi@yahoo.com
Rafa'ie: bulal_87@yahoo.com

sebarang masalah dan penjelasan, sila hubungi kami......

Manhaj Hiraki dalam Sirah Nabi s.a.w.-Muhammad Munir al-Qabban

Fiqh Daulah-Dr. Yusuf al-Qardhawi

Membelah Lautan Jilbab-Muhammad Muhyidin

22 Mac 2009

MenCari Cinta @ Hati?

Boringnya...Asyik2 sembang tentang CINTA, tak ada benda lain ka? Itulah manusia. Apabila kita berbicara tentang cinta, pasti akan terbayang difikiran kita tentang "couple". Begitulah DUNIA remaja sekarang. Terleka dibuai mimpi, dihanyut arus menanti, membuai perasaan dihati. Kita tidak boleh menyalahkan remaja 100%, keluarga juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kenapa berlaku?Kemana hala tuju sebuah cinta? ataupun Tersalah menghalakan cinta? Kita mencari CINTA atau mencari HATI?

BUTAKAH CINTA?

Disebabkan cinta, maruah tergadai, peribadi musnah, akhlak terbiar dan AGAMA tergadai. Inikah cinta? Falsafah orang bercinta; "Lautan api sanggup kurenangi, Lautan belantara sanggup kuredahi", hakikatnya mas kahwin pun belum tentu dapat diberikan. Sehinggakan ketika bercinta "bau kentut pun wangi". Cinta itu sungguh menjijikkan. Janganlah kerana bercinta, kita dibutakan oleh cinta. Sudah tidak mengenal erti REALITI dan FANTASI. Hatta bumi yang dipijaknya pun tidak terasa. Wah! Hebatnya cinta. Apabila cinta sudah diutamakan, ramailah yang akan menderita diseksa lamunan. Homework, assignment, research, thesis dan SOLAT diabaikan. Ibubapa, Keluarga, Rakan dan Taulan. Nasihat mereka ibarat menyimbakan air ke daun keladi. Bila sudah bercinta, bukan setakat mencurah, tetapi simbah pun belum tentu dapat menyerap air. Begitulah, Cinta diutamakan, Nasihat tidak didengar, yang membimbangkan, agama dilupakan.

Dengan cintalah perpecahan, pergaduhan(gocoh), perbalahan dan pembunuhan berlaku. Hakikatnya cinta itu untuk berkasih sayang, tetapi berubah kepada kebinasaan. Hanya kerana cinta. Itukah cinta?TIDAK...Ingin bercinta, tapi kewajipan diabaikan. Ibubapa dibiarkan mati kelaparan kerana duitnya sudah habis diserahkan kepada cintanya. Sungguh menyedihkan.

Kerana Cintalah, MAKSIAT, ZINA, BUANG BAYI dan BUNUH terjadi.
Cinta akhirnya dikotori.


IKUTKAN HATI MATI

Padangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.
Pandangan Mata-Hijjaz

Terlalu ramai yang mengikut kata-kata hati. Hati yang kosong daripada pengisian agama, iman dan ihsan akan mendorong perbuatan maksiat. Apatah lagi hati yang berTuankan nafsu. Itulah قلب . Kadang-kadang hati ini betul dan benar, kadang-kadang juga hati ini sesat dan salah. Bahayalah jika bersandarkan hati semata-mata tanpa iman menjadi pembimbingnya.

Imam Syafi'e berpesan, "Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan".
Rasulullah S.A.W., "Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati".


NAK IKUT ATAU TIDAK?

Nafsu vs Akal, Hati & Akal. Berlaku kontra antara kedua-dua konsep tersebut. Nafsu musuh ketat kepada Akal. Manakala akal jika menjadi penasihat kepada hati, hati akan menjadi baik. Hanya dengan iman dan ilmu, kita mampu melawan nafsu yang kejam dan keji.
Firman Allah S.A.W. :

وما ينطق عن الهوى، إن هو إلا وحي يوحى

Maksudnya : "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."

Nak mengawal hati bukan sesuatu yang mudah. Sebab itulah, jihad paling besar selepas Jihad Nyawa adalah jihad menentang nafsu. Ini menunjukkan bahawa, nak melawan dengan nafsu memerlukan kekuatan Iman dan Amal yang kuat, serta digabungkan dengan Akal yang bersih.

Gabungan antara Iman dan akal akan melahirkan hati yang bersih dan bersedia untuk menerima cinta. Ramai yang memiliki akal, tetapi tiada Iman. Kesannya tiada lagi kewarasan dalam bercinta. Maka terjadilah masalah sosial yang meruncingkan.


Jika engkau mencintai bunga, sedarlah engkau bunga itu akan layu,
Jika engkau cintakan manusia, sedarlah suatu hari ia akan pergi,
Jika engkau mencintai harta, Harta itu nanti kau akan tinggalkan,
Jika engkau cintakan Ilahi, hanya Dia yang akan kekal abadi,
Cintailah Ilahi...
Cintailah Ilahi-In-Team

Aku tidak kisah andai anda semua ingin bercinta, tetapi halakanlah cinta itu pada jalan, tempat dan masa yang sepatutnya. Cintalah 5 Perkara 1) Cinta Allah
2) Cinta Rasul
3) Cinta Ibubapa
4) Cinta Ummah
5) Kecemerlangan