GaMbaR

GaMbaR

21 Mac 2009

Ketahuilah 4 Perkara

Ketahuilah Tentang 4 Perkara


4 ALAMAT ORANG CERDIK

1. Berani menempuh bahaya
2. pandai bermanis muka dengan musuh
3. pandai melihat kesempatan, dan
4. dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 ALAMAT ORANG BERIMAN

1. meninggalkan maki
2. menjauhi menyakiti hati orang
3. lekas memberi ampun, dan
4. teliti menjatuhkan hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL

1. Cinta pada ilmu
2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. bagus jawabnya
4. banyak benarnya

4 ALAMAT ORANG RENDAH

1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 YANG MENIMBULKAN CINTA

1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP

1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 SEMPURNA DENGAN 4

1. ilmu dengan larangan
2. agama dengan takwa
3. amal dengan niat
4. kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA

1. Teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah

4 MACAM PERCARIAN

1. pertama akal,ialah orang yang hidup dengan bertani
2. pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

Kasihnya Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Ingatlah: Pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya......dan tidak dapat dinilai dengan harta benda...Ingatlah sahabatku...Syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya...

20 Mac 2009

MERAH SAGA

SAAT LANGIT BERWARNA MERAH SAGA,
DAN KERIKIL PERKASA BERLARIAN,
MELUNCUR LAKSANA PULUHAN PELURU,
TERBANG BERSAMA TERIAKAN TAKBIR,

SEMUA MENJADI SAKSI,
ATAS KEBERANIANMU,
KITA JUGA MENJADI SAKSI,
ATAS KETEGUHANMU,

KETIKA YAHUDI-YAHUDI MEMBANTAIMU,
MERAH BERKESIMBAH DI TANAH AIRMU,
MEWANGI HARUM GENANGAN DARAHMU,
MEMBEBASKAN BUMI JIHAD PALESTINA,

PENGORBANAN TELAH KAU BAYAR DENGAN JIWA,
SYAHID DALAM CINTANYA.

Allah untuk Semua, Islam untuk Semua.

Adakah kita benar-benar ingin menjaga Aqidah kita?
Isu yang agak PANAS dan boleh dikatakan terBARU.
Penggunaan nama Allah dalam majalah, artikel dan sebagainya di geraja.

Benarkan atau Tidak Benarkan?

Bersama-sama kita mengupas beberapa pendapat Ulama' dan Tokoh Islam.

Siapakah Aku?

Siapakah aku?
Aku mengintai setiap sudut penjuru rumah,
Memerhatikan untuk melihat betapa agungnya Kerajaan Ilahi,
Aku mendalami siapa aku yang hina, bahkan lemah,
Tetapi aku mempunyai kekuatan bahawa Allah sentiasa disisi.

Siapakah aku?
Pandangan mataku tiba-tiba luntur dan kabur,
Aku tidak mengerti,
Andai Dunia yang aku diami ini akan berakhir,
Aku sedar akan hadirnya kematian,
Apakah 365 hari lagi?30 hari lagi?24 jam lagi?60 minit lagi?60 saat lagi?ATAU SEDETIk dan SESEDUT UDARA sahaja lagi?

Kini,

Aku telah sedar,..SIAPAKAH AKU?
Bahkan aku mengetahui,
Apa itu Iman, Islam dan Ihsan.
Kebimbanganku kini!!!!
Apakah aku akan beramal dengan ilmu yang aku miliki ini.

Sedarlah,
Aku hanya seorang hamba.
Menghadapkan diri hanya untukNya,
Menyerahkan diri hanya kepadaNya,
Bertawakkal dengan QudratNya,
Aku tidak memiliki kuasa,
TETAPI,
Aku memiliki senjata yang mampu menewaskan semua musuh,
Senjataku itulah Doa dan Solatku.

PemBuka Kata

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia yang Allah berikan. Sungguh aku tidak dapat duga, andai segala nikmat yang Allah berikan
diambil kira. Nescaya sesedut udara yang kita sedut, pasti Allah akan kiranya. Apatah lagi dua nikmat yang teramat besar diberikan juga kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan juga nikmat kesihatan yang diberikan tetap tidak dikiranya. Allah hanya meminta kita Bertaqwa dan Beriman kepadaNya.

sebagaimana Firman Allah Ta'ala {surah al-Zaariyaat:56}

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Saudaraku sekalia,
Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang bekesempatan untuk meninjau ke dalam blog ini. Tidak dinafikan bahawa bukan semua manusia mampu untuk meluangkan masa dan tenaga untuk meninjau ke dalam setiap blog-blog yang ada dalam media internet. Sama ada engkau atau aku, kita semuanya adalah sama.

Aku mencipta blog ini adalah untuk mencurahkan pendapat dan memperjuangkan terhadap perkara-perkara Aqidah, Ibadah, Amal, Akhlak, Politik, Sosial, Semasa dan sebagainya. Oleh itu, sesiapa sahaja berhak memberikan respon atau pendapat dalam setiap permasalahan dan isu yang ditimbulkan.

Aku juga menyeru kepada kalian semua supaya kita sama-sama dapat hidup secara berjama'ah dan melibatkan diri dalam jema'ah-jema'ah yang ada dan di'itiraf terbaik dalam masyarakat. Kepentingan berjama'ah disebut di dalam al-Quran. Maka, kita sebagai hambanya, hendaklah menyahut setiap suruhan dan saranan yang disampaikan.

Aku sekali lagi menyeru kalian semua supaya menyahut seruan La Ilaha illAllah. Dan memberikan kesempatan juga untuk menjengah ke dalam blog ini.

Sekian, Wassalam.....Laungkanlah Allahu Rabbi, Muhammad Rasulihi.