GaMbaR

GaMbaR

25 April 2009

Tafrit yang Durjana

Dewasa kini, pengamalan siasah syar'iyah di kalangan negara-negara Islam menampakkan wujudnya konsep Islam dalam sesebuah negara. Pengistilahan siasah syar'iyah bukanlah diberikan oleh negara-negara bukan Islam, tetapi ianya wujud daripada sesebuah negara Islam yang mengamalkan konsep Islam. Nukilan daripada seorang tokoh ulama' yang terkenal dengan hujahnya yang sungguh mengasyikkan iaitu Ibn 'Aqil. Beliau adalah seorang Ulama' Silam yang cukup terkenal dalam arena politik Islam. Beliau menta'rifkan siasah syar'iyah sebagai Suatu tindakan yg diambil oleh pemimpin yg boleh mendekatkan org ramai kpd kebaikan dan menghindarkan daripada kemusnahan. Sekiranya kita perhatikan di setiap negara, samada negara maju, membangun, atau negara yang sedang membangun, semuanya mahukan keamanan kepada rakyatnya.

Kebimbangannya kini adalah pengaplikasiannya terhadap agama, rakyat dan negara. Sikap mahu mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan itu adalah baik di sisi Islam. Tetapi tindakan yang tidak berasaskan Islam dan wahyu daripada Allah itulah yang menyebabkan kemunduran dan penyelewengan yang nyata. Golongan seperti ini sering melayang bagai kapas yang diterbangkan angin, tidak teguh seperti teguhnya tembok China, tidak tetap seperti tetapnya Jabal Uhud. Mereka ini sering dan sering dibawa arus permodenan semasa, dan lupakan keindahan akhirat yang sepatutnya mereka jadikan dunia ini sebagai medan untuk mengecapi keindahannya.

Sebagai seorang yang mendalami ilmu politik, mereka seharusnya lebih 'arif dengan situasi dan keadaan semasa yang menghendaki kepada Politik Islam. Bukan memikirkan untuk keuntungan ekonomi semata-mata. Bukan juga memikirkan untuk berkahwin sahaja, berumah besar, berkereta, dan menghayunkan kayu golf shaja. Bahkan mereka inilah yang mempunyai tanggungjawab dalam mewujudkan pentadbiran yang benar-benar berasaskan Islam dan Wahyu daripada Allah. "Kita sudah mengamalkan ekonomi Islam, ada institusi Islam, adanya masjid, adanya kedai-kedai Islam, adanya majlis agama Islam. Cukuplah sekadar itu." Adakah ungkapan seperti ini kita mahu dengar daripada seorang pemimpin negara? Semestinya aku tidak mahu mendengar luahan ini. Lengkapkah aplikasian Islam dalam sesebuah negara dengan adanya Masjid, Majlis Agama Islam, Ekonomi Islam, dan sebagainya tanpa ada satu tunjang utama yang sepatutnya perlu ada sebelum wujudnya negara Islam? Semestinya TIDAK.

Itulah yang aku ingin bicarakan iaitu Fardhul-Muslimin. Kewajipan seorang muslim dan muslimah itu dahulu yang perlu diutamakan. Mempunyai suatu sikap yang mahu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada munkar. Tanamkan sifat ini dalam diri sendiri dahulu, barulah boleh orang lain mencontohinya. Ini tidak, apa sahaja yang berselera dengan nafsu dan perut yang membulat. Itulah yang dikejarnya.

Ingin aku warwarkan berdasarkan daripada beberapa kajian terhadap negara-negara Islam. Bahawa tidak ada satu pun negara Islam yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Walaupun kita ketahui bahwa Arab Saudi mengamalkan hudud, tetapi tidak sepenuhnya. Ini masih belum menghampakan lagi. Yang lebih menghampakan ialah negara yang majoritinya ramai umat Islam tetapi mengamalkan hukum-hukum dan perundangan yang ditaja oleh Barat atau lebih dikenali kini sebagai Common Law. Ni semua bukannya Islam, ini Kafir. Apakah kita sudah tidak dapat membezakan antara Sistem Islam dengan sistem kafir?
Sistem Islam itu sebagaimana Firman Allah dalam kebanyakan ayat-Nya :

Surah al-Maidah : 44, 45 dan 46
Surah al-Mujadalah : 4

Sudah jelaslah dalam ayat tersebut menyatakan tentang semuanya itu, tetapi manusia sahaja yang tidak mahu mengamatinya dan menghayati kehendak Allah melalui ayat tersebut. Tafrit yang ingin aku katakan sebenarnya adalah golongan yang terlalu terbuka dalam menetukan hukum. Mereka ini lebih dikenali sebagai Liberal. Golongan inilah yang membimbangkan Islam, kerana ianya lahir dari kalangan umat Islam itu sendiri......samada ada kita mahu menyokong perjuangan mereka ataupun tidak, sama-samalah kita fikirkannya melalui dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah......Amiiin.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan