GaMbaR

GaMbaR

22 Julai 2009

Rahsia Solat

Sebilangan Besar Daripada Kita Mungkin Mengetahui. Sebilangan Kecil Daripada Kita Juga Mungkin Tidak Mengetahui
~Rahsia Solat~

Secara amnya, rahsia-rahsia yang terkandung dalam solat mudah diketahui samada dalam buku, majalah, internet, risalah dan sebagainya. Tetapi apakah kita sebagai seorang hamba, pernah memikirkan tentang sesuatu hakikat yang terkandung dalam solat???

Dalam Blog aku ini, aku akan mengupaskan tentang serba sedikit ilmu yang aku ketahui untuk pedoman kita bersama, dan apa yang penting adalah demi mengembalikan semula kegemilangan Agama Islam.

Kaitan Antara Rukun Islam Dengan Solat :

No 1.
Rukun Islam Pertama Ialah Mengucap 2 Kalimah Syahadah

Sebagai Seorang Muslim, Syahadah adalah suatu rukun yang dapat menjadikan seseorang itu diterima amalannya. Tanpa Syahadah tiada gunanya amalan seseorang Muslim. Ini kerana Syahadah adalah penentu kepada Islamnya seseorang.
Oleh itu, kaitan Syahadah dengan solat amatlag terlalu banyak. Untuk menunaikan solat, seseorang itu mestilah mengucap dua kalimah Syahadah. Dalam solat juga terkandung beberapa ayat syahadah iaitu dalam tasyahud awal dan akhir.

No 2.
Rukun Islam Kedua Ialah Solat

Rukun Islam kedua ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Hakikatnya solat yang kita tunaikan itulah yang menentukan samada kita Islam atau Kafir. Ini kerana beza antara orang Islam dengan Kafir adalah solat.

No 3.
Rukun Islam Ketiga Ialah Puasa

Puasa pada pemahaman umumnya bermaksud menahan diri daripada makan dan minum. Pada maksud terperincinya ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkannya. Dikaitkan dengan solat pula ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. Puasa juga dapat menahan diri seseorang daripada melakukan maksiat. Begitu juga dengan solat. Seandainya solat itu sempurna, maka ia dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan maksiat.

No 4.
Rukun Islam Keempat Ialah Zakat

Memahami secara umum, zakat bermaksud suci iaitu menyucikan harta. Walaupun zakat terbahagi kepada pelbagai jenis, tetapi secara amnya adalah bermaksud menyucikan harta. begitu juga dengan solat, sebelum menunaikan solat, kita diwajibkan menyucikan diri daripada najis-najis, samada najis mukhaffafah, mutawassitah atau mugholazah. Hakikatnya adalah bersuci.

No 5.
Rukun Islam Kelima Ialah Haji

Perlaksanaan rukun haji akan berlaku sekali sahaja dalam setiap tahun Hijrah iaitu pada bulan ZulHijjah. Jemaah Haji akan pergi ke Makkah untuk menunaikan haji dan menjadikan Kaabah sebagai pandu aras Kiblat. Sama juga dengan solat, setiap orang menunaikan solat diwajibkan mengadap Kiblat. Kiblat itu pandu arasnya ialah Kaabah. Oleh itu, Haji meletakkan Kaabah sebagai kiblat yang utama dan solat juga meletakkan kaabah sebagai kiblatnya juga dan merupakan syarat sah solat.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah satu kenyataan daripada seorang hamba yang memikirkan untuk kebaikan ummat Islam. Bukan bermakna perkara-perkara tersebut sudah terkandung dalam Solat, beerti kita tidak perlu melaksanakan rukun Islam yang lain. Itu salah sama sekali. Apa pun yang penting kini ialah solat itu merupakan tiang agama dan asas kepada Agama Islam. Pelihara solat, nescaya rukun Islam yang lain juga turut terpelihara.

Amiin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan