GaMbaR

GaMbaR

12 Julai 2009

Assalamualaikum…
Malaysia vs Manchester United,…..
Perlawanan tersebut merupakan sesuatu yang amat mustahak bagi skuad kebangsaan Malaysia, perlawanan tersebut dijangkakan menarik dan sengit kerana bakal berentap bersama-sama dengan pemain-pemain yang berprestij antarabangsa.
Apatah lagi kelab tersebut turut mempunyai ramai peminat dan ada dikalangannya adalah daripada rakyat Malaysia sendiri. Perlawanan ini juga bakal menunjukkan kesetiaan rakyat Malaysia samada ingin menyokong Malaysia atau sebaliknya.
Kebimbangan sekarang tidak terarah kepada kuantiti peminat, tetapi K. Rajagobal hanya perlu memikirkan bagaimanakah tahap persembahan yang bakal ditunjukkan oleh anak-anak buahnya. Adakah mereka akan mengembalikan kegemilangan era Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Santok Singh dan ramai lagi. Setidak-tidaknya, perlawanan yang bakal dilalui nanti akan memastikan tahap sebenar skuad Malaysia menentang mana-mana kelab-kelab dunia dan juga Negara.
Perancangan yang agak teliti diletakkan oleh K. Rajagobal apabila menyenaraikan beberapa orang pemain senior antaranya Amri Yahya, NorHafiz Zamani Misbah, dan ramai lagi. Pada pandangan saya, beliau (K.Rajagobal) sepatutnya menyenaraikan Syukor Adan dan InderaPutra. Kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini yang amat serasi di bahagian tengah mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Kelajuan dan kelecekan yang baik dimiliki oleh Indera dan kawalan bola serta mahir menerima hantaran bola sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa pentingnya kedua-dua pemain ini.
Selain itu, skuad muda kebangsaan yang dibarisi oleh pemain-pemain yang berumur dalam lingkungan 20-24 tahun ini juga memiliki kelebihan yang kita tidak boleh pertikaikan juga. Apa yang diharapkan kini ialah pemain muda perlulah mencari sebaik-baik peluang untuk memperbaiki kekurangan yang ada.



Berikut adalah senarai pemain-pemain yang terkandung dalam fikiran saya. InsyaAllah dengan percaturan tersebut kita mampu beraksi dengan lebih baik. Sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan bolasepak Negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan