GaMbaR

GaMbaR

13 Julai 2009

H1N1 : Virus terkini yang termaktub dalam al-Quran

Assalamualaikum…..
Apa kabar kepada semua umat Islam seluruh semesta dan tidak lupa kepada penganut-penganut agama lain. Beberapa bulan yang lepas, kita dikejutkan dengan sesuatu yang amat membimbangkan. Keseluruhan rakyat Malaysia tahu tentang keadaan sebenar apakah H1N1. Media massa amat penting kepada kita semua dalam menyebarkan isu ini. Oleh itu, penjelajahan dan penerokaan semula berkaitan dengan isu ini yang dapat dikaitkan dengan al-Quran sebagai kalam Allah. Semoga kita semua beroleh hidayah daripada Allah S.W.T.

7 Jun 2009 : Kejadian yang mampu meragut nyawa.
Melalui media, Kerajaan Malaysia mengeluarkan amaran tegas kepada semua rakyat Malaysia dan warga asing yang datang ke Malaysia. “Sesiapa yang pernah keluar dari Malaysia sebelum dan selepas 7 Jun 2009 dan telah pergi ke U.S.A., Mexico, Callifornia, Texas, Canada dan banyak lagi.

Dapatkan link di sini :
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=485

Aku sebagai umat Islam merasakan kepentingan menghuraikan dan mencungkil semula isu ini dan memartabatkan al-Quran untuk pandangan semua.
Perkara yang aku ingin kaitkan ialah hikmah disebalik pengharaman Babi kepada umat Islam dan risikonya menurut kajian sains.

Surah al-Maaidah : 3
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,

Dalam Dalil lain :

Surah al-An'am : 145
Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - Karena Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

Kedua-dua ayat ini jelas membuktikan bahawa haramnya babi itu, ada hikmahnya. Apakah kita sebagai hamba-Nya sudah leka dengan hakikat-Nya atau kita sengaja tidak mengendahkan syariatnya lagi?

Saya bawakan pula hukum haram penzinaan. Jelas terbukti bahawa zina ini sesuatu yang keji dan merbahaya. Dengan berlakunya penzinaan, pelaku akan menerima risiko kematian yang amat tinggi iaitu HIV (AIDS). Penzina lelaki hanya akan dikenakan sebat 100 kali, tetapi penzina wanita yang sudah berkahwin akan dikenakan hukuman rejam sampai mati. Hal ini terbukti dalam kajian sains yang menyatakan bahawa penzina wanita tersebut tidak akan sembuh lagi daripada penyakit HIV kerana darah kotor yang terkandung dalam tubuh mereka tiada penawarnya. Hakikat pengharaman tersebut dan kesan tersebut, Allah meletakkan hukuman rejam kepada mereka sebagai jalan penyelesaian terakhir.

Begitu juga yang berlaku dengan penyakit yang baru dikesan ini ~H1N1~. Akibat daripada pengharaman tersebut, Allah telah menunjukkan suatu bukti kebesaran-Nya dengan virus tersebut.

Kajian sains yang telah dilakukan oleh beberapa orang saintisDaniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories,Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan PenolongProfesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, BostonUniversity School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapatlebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.243 Diantaranya ialah:

• Anthrax • Ascaris suum • Botulism • Brucella suis • Cryptosporidiosis • Entamoeba polecki • Erysipelothrix shusiopathiae • Flavobacterium group IIb-like bacteria • Influenza • Leptospirosis • Pasteurella aerogenes • Pasteurella multocida • Pigbel • Rabies • Salmonella cholerae-suis • Salmonellosis • Sarcosporidiosis • Scabies • Streptococcus dysgalactiae (group L) • Streptococcus milleri • Streptococcus suis type 2 (group R) • Swine vesicular disease • Taenia solium • Trichinella spiralis • Yersinia enterocolitica • Yersinia pseudotuberculosis •

Anda boleh mendapatkan maklumatnya di :
http://www.mail-archive.com/saljukasihnya@yahoogroups.com/msg00232.html

Jelas kepada kita sekarang bahawa BABI adalah punca kepada penyakit yang kronik selepas penyakit-penyakit yang lain.

Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada HPA INDUSTRIES SDN. BHD. Yang telah bertungkus lumus mengeluarkan produk HALAL yang selamat. Kini HPA merupakan rangkaian baru yang akan menunjukkan kepada dunia bahawa menggunakan produk halal akan dapat menjamin kesihatan yang sebenar dan dapat membuktikan kepada dunia tentang kehebatan syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.

1 ulasan: